MSAJ - Official website of the Malaysian Students' Association In Japan: Embassy
Showing posts with label Embassy. Show all posts
Showing posts with label Embassy. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Borang Cuti Pelajar JPA in English and Japanese version

The latest Borang Cuti Pelajar JPA in English and Japanese version has been updated. Click here to download. You can also download it from page Embassy in MSAJ officail webside .

Please remember to fill in and submit the form to Embassy of Malaysia before having holiday outside of Japan.

Monday, February 20, 2012

Announcement regarding Rumah Pelajar Malaysia

  1. MSAJ would like to remind again that, Rumah Pelajar Malaysia (RPM) is a facility for Malaysian students CURRENTLY STUDYING IN JAPAN ONLY.
  2. RPM is currently in the process of hiring new manager for 2012-2013 term. Therefore, for the time being any inquiries will not be entertained.
  3. Inquiries from Malaysian students studying in Japan that would like to use the facility will have to be held off as well. We will announce it once RPM is available again.
  4. Inquiries from fellow Malaysian students or education organizations coming over to Japan will not be entertained until further notice. 
  5. For fellow Malaysians who're planning to come over for traveling/vacation purpose, MSAJ is currently drafting plans to introduce tourism in Japan section, including recommendation for affordable accommodation and tour guides. However, we are still in initial planning stage and it may take some time before we can eventually announce it to the public. 
  6. MSAJ apologize for any inconveniences caused. 

Updated: 20 February 2012.

Wednesday, January 18, 2012

UNIVERSITY MALAYA'S ALUMNI


   Hi boys and girls, come join the University of Malaya Alumni! As a University of Malaya alumnus / alumna, you will be part of a global network of people with a lifelong connection to UM and each other. Our interest in you graduate. We encourage you to keep in touch with us to know more about the latest developments in UM.
   
   All you have to do is give your full details (name, IC number, address, phone number, email, degree obtained and year of graduation) to us and we'll do the rest to keep you in touch.



We hope you will be a part of us!


Friday, December 9, 2011

GOENKAI with Malaysian Students from PASONA


***Due to the small number of registered participants, this event is postponed to a later date. Stay tuned for updates. ***

PASONA is organizing a GOENKAI this 13th December (Tuesday). Please read on to know details of the event. Students regardless of studying year and backgrounds, as well as working individuals are welcome, however priority will be given to students.

Read about company information below:

Please fill in the participation form after reading details and tentative of the GOENKAI below:

GOENKAI Malaysia from PASONA

Map to PASONA GROUP below:


Interested to join this GOENKAI?

Saturday, December 3, 2011

AGM tamat dengan jayanya

Alhamdulilah syukur nikmat kepada ilahi, event AGM hokuriku 2011 telah pun berjaya diadakan. Kehadiran cukup memberansangkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Diharapkan kehadiran para pelajar bahagian Hokuriku 2011 dapat di-maintain-kan dan terus mendapat sokongan dan kerjasama yang jitu dari para pelajar.

Event ini telah dijalankan pada 3-12-2011 ini, dijalankan di Fukui Palace hotel, Fukui-ken. Event ini bermula pada tepat jam 12 tengahari, yang dimulakan dengan ucapan-ucapan dari President MSAJ hokuriku 2011 dan juga President Fukui selaku tuan rumah program AGM hokuriku 2011 pada kali ini. Program AGM ini diakhiri dengan pertandingan bowling antara prefecture - perfecture bahagian Hokuriku.

Untuk pertandingan rekacipta design baju pula telah pun diambil undiannya daripada setiap pelajar yang telah pun hadir pada program ini. Keputusan untuk pemenang pertandingan ini akan diumumkan pada akhir pertandingan bowling.



saya selaku Biro Web dan komunikasi dengan ini menamatkan tugas saya. sekian

Friday, October 14, 2011

Surat Pemakluman Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir (PTH) 2011

Sila rujuk lampiran di bawah untuk maklumat mengenai Surat Pemakluman Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir (PTH) 2011.

Surat Pemakluman Pendaftaran Pengundi Tidak Hadir (PTH) - 2011

Saturday, August 20, 2011

Majlis Ramah Mesra Bersama Kementerian Belia dan Sukan 20 September 2011

In conjunction with the visit of the Ministry of Youth and Sports of Malaysia, there will be a get together session with YB. DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK, Minister of Youth and Sports. Details are as below:

VENUE: Restoran Rasa Malaysia Cuisine Ginza,
Ginza Five Star Building, 8F, Ginza 5-8-13, Chuo-ku, Tokyo 104-0061
DATE: Tuesday, 20th September 2011
TIME: 6:00pm to 9:00pm
DRESS CODE: Smart Casual 
(Gents: Shirt and slack pants; Ladies: Baju kurung or equivalently appropriate attire)

[UPDATE] 
Registration has ended. Participation is limited to those who receive a response email from Kedutaan Besar Malaysia di Jepun. Thank you.

[PERHATIAN] Pelajar JPA Yang Tamat Pengajian Pada Mac 2012

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar Tajaan JPA,

Terlebih dahulu Pejabat ini ingin mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar yang telah berkunjung ke kaunter JPA pada pameran MSAJ Career Fair 2011 yang berlangsung pada 11 Ogos 2011 yang lalu.

Diharapkan segala penerangan dan taklimat terutama berkaitan urusan tamat pengajian dan lapor diri yang diberikan kepada pelajar pada pameran berkenaan dapat difahami. Bagi membantu pelajar membuat perancangan sebelum bergraduat pada Mac 2012 kelak, bersama-sama ini dipanjangkan slide taklimat yang digunakan ketika MSAJ Career Fair 2011. Saudara/i boleh click link yang diberikan seperti di bawah:


Adalah diharapkan dengan maklumat yang diperolehi ini dapat membantu pelajar melaksanakan semua tanggungjawab sebagai pelajar tajaan JPA setelah menamatkan pengajian pada bulan Mac 2012 kelak.

Kedutaan Besar Malaysia di Jepun
 

Friday, August 5, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 anjuran Kedutaan Besar Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar yang dihormati,

Terlebih dahulu Pejabat ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pelajar beragama Islam di Jepun. Semoga bulan Ramadhan yang disambut pada tahun ini akan lebih diberkati daripada tahun-tahun sebelumnya.

Seperti tahun-tahun lalu, pihak Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo, Jepun mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia (termasuk pelajar Malaysia) di Jepun.

Pada tahun ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo, Jepun sekali lagi akan mengadakan majlis yang sama seperti butiran berikut:

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Tarikh             :           Hari Raya Pertama

Masa               :           0730 – 1200

Tempat           :           Kedutaan Besar Malaysia, 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo 150-036

UPDATE
“Pihak Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo, Jepun ingin memaklumkan bahawa tempat yang diperuntukkan untuk Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 di Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo telah dipenuhi. Sehubungan itu, pengesahan kehadiran seperti yang tertera di laman web yang dinyatakan sebelum ini telah ditutup dengan rasminya pada hari ini (16 Ogos 2011). Pihak penganjur akan menghantar satu emel jemputan rasmi kepada semua pelajar yang telah memberi pengesahan kehadiran ke majlis ini dalam masa terdekat. Jemputan ke majlis ini terhad kepada pelajar-pelajar yang menerima emel jemputan ini sahaja.”

Kerjasama dan jasa baik saudara/i dalam menjayakan majlis ini amat dihargai.

Sekian,

Kedutaan Besar Malaysia di Jepun.

Surat Pelantikan Amil Bagi Bayaran Zakat Fitrah 2011

Bersama-sama ini dipanjangkan surat pelantikan amil bagi bayaran zakat fitrah tahun 2011 yang jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian saudara/i sekalian. Surat Pelantikan Amil Bagi Bayaran Zakat Fitrah 2011

Tuesday, July 26, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, TOKYO

 Assalammualaikum Saudara/i Pelajar yang dihormati sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih seperti butiran berikut:


MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT MALAYSIA
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA, TOKYO 

 
TARIKH:
5 OGOS 2011 (JUMAAT)
TEMPAT:
DEWAN SERBAGUNA, KEDUTAAN BESAR MALAYSIA
20-16, NANPEIDAI-CHO, SHIBUYA-KU, TOKYO 50-0036


MASA
ACARA


1820 – 1830
-         Ketibaan pelajar


1842
-         Azan Maghrib / Iftar



-         Jamuan ringan


1900
-         Solat Maghrib Berjemaah



-         Jamuan makan (buffet)


2020
-         Azan Isyak



-         Solat Isyak Berjemaah



-         Bacaan Tahlil & Doa Selamat



-         Solat Sunat Tarawih



-         Jamuah moreh


2200
-         Majlis Bersurai

[KEMASKINI 27 Julai 2011]
Pengesahan kehadiran untuk ke Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih anjuran Kedutaan Besar Malaysia pada 5 Ogos 2011 ini telah ditutup dengan rasminya pada hari ini (27 Julai 2011). Kepada pelajar-pelajar yang telah memberi pengesahan kehadiran, satu emel jemputan akan dihantar kepada mereka. Pelajar-pelajar yang menerima emel jemputan ini sahaja yang dibenarkan hadir ke majlis ini.
 
Kerjasama dan jasa baik saudara/i dalam menjayakan majlis ini amat dihargai.

Sekian,
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JEPUN

Monday, July 4, 2011

Majlis Ramah Mesra bersama YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato' Muhkriz Tun Dr Mahathir

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman saudara/i pelajar, satu Majlis Ramah Mesra bersama YB Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, YB Dato’ Mukhriz Tun Dr Mahathir akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh       :   18 Julai 2011 (Isnin)
Tempat     :    Edo Room, Banquet Floor, Hotel New Otani, Tokyo (tertakluk kepada sebarang pindaan)
Masa         :   1400 (tertakluk kepada sebarang pindaan)

Sehubungan itu, saudara/i yang berkelapangan adalah dijemput untuk bersama-sama ke majlis ini. Segala kos berkaitan untuk ke majlis ini ditanggung sepenuhnya oleh pelajar.
Memandangkan tempat yang diperuntukkan adalah terhad, saudara/i pelajar yang berminat menyertai majlis ini perlu memberi pengesahan kehadiran dengan melayari laman web berikut sebelum 8 Julai 2011 (Jumaat).


Kerjasama dan jasa baik Saudara/i pelajar dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian,
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun

Thursday, April 28, 2011

ASEAN Youth Ambassadors and Artists' Caravan

"ASEAN Youth Ambassadors and Artists' Caravan" is an initiative organised by the ASEAN Secretary General with the assistance from Nippon Foundation, to take part in the recovery of the disaster-struck Tohoku region of Japan.

ASEAN Youth Ambassadors and Artists' Caravanj is planning to visit the Tohoku region to convey a message of solidarity and to cheer up the people affected by the disaster. Each ASEAN countries are requested to nominate 2 youth ambassadors or artists/cultural performers to join the caravan.
The Caravan will be visiting the Tohoku region on 4-5 June 2011 (Sat-Sun).

For further details please refer to this PDF file sent by the organiser.

Interested individuals can submit your CV/resume to the Malaysian Embassy's staffs by 1 May 2011 (Sunday), to Encik Annizam [annizam(at)hrdtokyo.jp] or Puan Rina [rina0377(at)kln.gov.my].

Tuesday, March 29, 2011

Majlis Ramah Mesra dan Pengagihan Barangan Keperluan oleh Kelab Putera 1Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar yang dihormati,

Untuk makluman Saudara/i Pelajar, satu Majlis Ramah Mesra dan Pengagihan Barangan Keperluan oleh Kelab Putera 1Malaysia akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 3 April 2011 (Ahad)
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia, 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, Tokyo 150-0036
Masa : 1200 - 1500

Selain itu, Kelab Putera 1Malaysia juga akan memberikan perkhidmatan dan kaunseling kesihatan pada hari berkenaan kepada pelajar-pelajar yang berminat.

Memandangkan tempat yang diperuntukkan adalah terhad, Saudara/i pelajar yang berminat menyertai majlis ini perlu memberi pengesahan kehadiran dengan melayari laman web di bawah sebelum 31 Mac 2011.
Penyertaan bagi majlis ini adalah berdasarkan first come first serve. Pelajar yang telah terpilih akan diberikan emel jemputan rasmi.

Kerjasama dan jasa baik Saudara/i dalam menjayakan majlis ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Terkini(1 April 2011): penyertaan untuk Majlis Ramah Mesra dan Pengagihan Barangan Keperluan oleh Kelab Putera 1Malaysia telahpun ditutup.

Monday, March 21, 2011

Kemaskini Maklumat Semasa Pelajar di Jepun selepas Kejadian Gempa Bumi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Saudara/i Pelajar,

Untuk makluman, Pejabat ini menghadapi banyak masalah mengenal pasti pelajar yang menghantar emel pemaklumkan status semasa ke Pejabat ini. Ada di antara pelajar yang tidak mengemukakan nama penuh mereka dan ianya sedikit sebanyak menyukarkan Pejabat ini mengetahui kedudukan semasa pelajar sama ada di Jepun atau sebaliknya.

Sehubungan itu, Pejabat ini memohon kerjasama Saudara/i untuk mengemaskini maklumat semasa di laman web berikut: https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dHl0RjRTZ29Bek9PU0dia2dFVEJtWEE6MQ 

Kerjasama dan jasa baik Saudara/i dalam perkara ini amat dihargai. Sebagai makluman tambahan, kepada pelajar yang masih berada di Jepun mohon kerjasama Saudara/i untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa dan selalui melayari laman web Kementerian Luar Negeri (http://www.kln.gov.my/) untuk mengetahui perkembangan kejadian gempa bumi di Jepun.

Sekian,
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun

Wednesday, March 16, 2011

Pengumuman Rasmi Daripada Pihak Kedutaan (Updated 16th March 2011 14:50PM)

Tuan/Puan,

Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo telah menerima banyak pertanyaan berhubung perkembangan terkini mengenai insiden kerosakan loji kuasa nuklear di Fukushima. Berdasarkan laporan rasmi yang diterima daripada Kerajaan Jepun, paras kebocoron adalah masih di peringkat rendah yang tidak membahayakan kesihatan. Pada masa ini, tuan/puan dinasihatkan untuk berada di tempat masing-masing dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.  Untuk rujukan rasmi perkembangan semasa berhubung perkara ini, Tuan/Puan bolehlah merujuk kepada Portal Kementerian Luar Negeri http://www.kln.gov.my  ,  Portal Japan Atomic Energy Agency http://www.jaea.go.jp/english/  dan   http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html 

Untuk rujukan bersama, berikut adalah laporan yang disediakan oleh Bahagian Politik Kedutaan Besar Malaysia kepada Wisma Putra berhubung insiden loji kuasa nuklear di Fukushima yang akan dimuat naik ke laman web Kementerian Luar Negeri dalam masa terdekat:

Laporan:

14 Mac 2011

·        Susulan letupan hydrogen di Reaktor No.3 Di Fukushima No.1 Power Plant Kementerian Luar Negeri Jepun telah memberi pada jam 5.00 pm, 14 Mac 2011.  Antara perkara-perkara yang telah dimaklumkan adalah:
Ø        Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi, 14 Mac 2011 (waktu tempatan) di reaktor no.3 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Letupan berlaku akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen akibat tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut. Tahap air rendah berlaku apabila bekalan elektrik bagi pam air ke dalam reaktor terputus akibat gempa bumi pada 11 Mac 2011;

Ø        Containment vessel yang merupakan core reaktor paling penting tidak terjejas. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor.;

Ø        Radiasi yang diukur sebelum dan selepas letupan di dalam stesen janakuasa tersebut tidak menunjukkan perbezaan ketara dan makin menurun. Data tahap radiasi yang diukur adalah seperti berikut:
²       11.37 a.m. 50 micro siervet per hour
²       11.44 a.m. 20 micro siervet per hour

Ø        Arah angin juga telah banyak membantu kerana membawa debu daripada letupan tersebut yang mungkin mempunyai bahan radioaktif ke arah Lautan Pasifik dan bukan ke kawasan di mana penduduk adalah padat

Ø        Kementerian Luar Negeri Jepun menasihatkan penduduk yang tidak terlibat dalam kawasan perpindahan iaitu dalam linkungan 20km radius supaya meneruskan kehidupan harian seperti biasa dan terus bertenang. Hanya terdapat kemungkinan catuan elektrik yang dijangka akan menjejaskan serba sedikit keselesaan hidup penduduk setempat.


Ø        Maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 boleh didapati di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html

Ø        Kementerian Luar Negeri Jepun sekali lagi menekankan insiden di Fukushima adalah tidak boleh disamakan dengan insiden di Chernobyl.

15 Mac 2011

Susulan letupan hidrogen di reaktor no 2 di stesen janakuasa nuclear Fukushima No. 1 pada awal 15 Mac 2011, Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengadakan satu sesi taklimat pada jam 5.00 pm.  Antara perkara-perkara yang dimaklumkan adalah:
·        Satu letupan hidrogen telah dilaporkan berlaku pada 6.01 pagi (waktu tempatan), 15 Mac 2011 di reaktor no.2 di stesen janakuasa nuklear Fukushima No. 1. Punca letupan berlaku adalah sama seperti reaktor no.1 dan reaktor no.3 iaitu akibat percampuran gas hidrogen dan oksigen kerana tahap air yang rendah dalam reaktor tersebut.

·        Memandangkan tahap radiasi yang meningkat berikutan letupan reaktor no.2, TEPCO berpendapat kemungkinan terdapat kerosakan pada containment vessel reaktor no.3 iaitu di suppression pool. TEPCO telah mengambil semua langkah “cooling down” termasuk dengan mengepam air laut ke dalam reaktor..

·        Lanjutan itu, TEPCO telah mengarahkan 750 orang pekerja di stesen janakuasa Fukushima No.1 untuk meninggalkan tapak manakala 50 orang pekerja terus berada di stesen bagi meneruskan kerja-kerja “cooling down”. Sebagai langkah berjaga-jaga, Kerajaan Jepun juga telah mengarahkan penduduk yang tinggal antara 20km radius ke 30km radius untuk tidak meninggalkan kediaman masing-masing.

·        Di samping itu, reaktor no.4 Fukushima No.1 yang tidak berfungsi semasa kejadian gempa bumi pada 11 Mac 2011 telah dilaporkan mengalami kebakaran di bangunan reaktor. Dilaporkan juga terdapat bahan radioaktif yang dilepaskan semasa kebakaran walaupun bacaannya masih belum dapat ditentukan. Punca kebakaran juga masih belum disahkan.

·        Sebelum sesi taklimat, TYT Yukio Edano, Chief Cabinet of Secretary of Japan telah membuat sidang akhbar pada jam 4.00 pm dan menyatakan bahawa bacaan radiasi semakin berkurangan pada petang 15 Mac 2011. Mr. Edano juga telah memberikan status terkini reaktor berkaitan seperti berikut:
o       Status semua 4 unit reaktor di stesen janakuasa nuklear Fukushima No.2 adalah dalam tahap “cooled down”.

o       Tahap air dalam reaktor no.1, no.2 dan no.3 stesen janakuasa nuklear masih rendah dan kerja-kerja mengepam air ke dalam reaktor berkenaan bagi tujuan “cooling down” masih diteruskan. Manakala kebakaran di reaktor no.4 telah dipadamkan dan kerja-kerja mengepam air telah dimulakan.

·        Bagi daerah Tokyo, Tokyo Metropolitan Government (TMG) telah mengumumkan bacaan radiasi yang sangat rendah telah dapat dikesan berikutan letupan hidrogen reaktor no.2 . Data yang direkodkan antara 1700hrs, 14 Mac 2011 dan 0900hrs, 15 Mac 2011 adalah seperti berikut:
            Maksimum    0.147 micro siervet per hour
            Minimum       0.030 micro siervet per hour
            Purata                        0.045 micro siervet per hour
            Ini dibandingkan dengan bacaan radiasi normal iaitu antara 0.08-0.09      micro siervet per hour.
  • Arah angin pada pagi 15 Mac 2011 yang menghala ke bawah membuatkan asap letupan tersebut yang membawa bahan radioaktif ke arah kawasan Kanto termasuk Tokyo. Walau bagaimanapun, arah angin dijangka akan berubah malam ini dan ramalan cuaca sejuk untuk dua hari berikutnya dijangka akan membantu mengawal asap bahan radioaktif daripada terus merebak.

  • Kementerian Luar Negeri Jepun telah mengeluarkan nasihat-nasihat berikut kepada semua Perwakilan Diplomatik Asing di Jepun:
    • Menasihatkan warganegara masing-masing untuk bertenang dan terus mengikut nasihat kerajaan tempatan (prefecture) masing-masing. Kerajaan tempatan akan membuat pengumuman sekiranya mereka akan mengambil sebarang langkah bagi mengawal situasi ini.  Buat masa ini, arahan evakuasi adalah hanya bagi penduduk yang bermastautin di dalam linkungan 20 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima.  Bagi penduduk yang bermastautin di dalam lingkungan 20-30 km radius daripada nuklear reaktor Fukushima, pihak berkuasa Jepun telah menasihatkan agar penduduk di kawasan ini tidak meninggalkan kediaman masing-masing.  Nasihat ini adalah sebagai tindakan berjaga-jaga dan bukan atas sebab keselamatan yang mendesak

    • Menasihatkan warganegara masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status stesen janakuasa nuklear Fukushima No.1 di laman web Nuclear and Industrial Safety Agency of Japan (NISA) di alamat berkenaan:
                  http://www.nisa.meti.go.jp/english/index.html

Kedutaan berharap Tuan/puan dapat mengikuti secara rapat perkembangan terkini status semasa berhubung perkara ini melalui laporan-laporan yang akan dikeluarkan di Portal rasmi Kementerian Luar Negeri dari masa ke masa.

Sekian, untuk makluman dan perhatian bersama.

Siti Zaharah Omar
Penasihat Pendidikan & Latihan
Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA
Kedutaan Besar Malaysia , Tokyo

Saturday, March 12, 2011

Maklumat untuk Ahli Keluarga dan Rakyat Malaysia memaklumkan keadaan semasa di Jepun (The Family Links)

From the International Committee of the Red Cross:

URGENT:
To all Missions (Embassies, Consular posts and International Organizations In Japan)

With regard to the 11th March earhquake, Ministry of Foreign Affairs has the honour to inform the Missions that the International Committee of the Red Cross the Family Links has maintained website to help restore contact separated family members who were affected by the 11th March earthquake. The URL of the Family Links website is below:

http://www.icrc.org/Web/doc/siterfl0.nsf/htmlall/familylinks-japon-eng

The Ministry has further the honour to advise te Missions to introduce this website to the respective nationals both in Japan as well as abroad.

Friday, March 11, 2011

Maklumat Status Semasa (Gempa Bumi)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jika ada maklumat mengenai kemalangan yang melibatkan pelajar Malaysia, minta kerjasama untuk maklumkan kepada Malaysian Students' Association in Japan (MSAJ), atau Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dengan kadar yang segera. Terima kasih.

Emel Presiden MSAJ Kanto : presiden_kanto@msaj.net ('Awadh Asyraf)

Untuk menyemak Senarai Rakyat Malaysia (Pelajar dan Pekerja) Yang Mengesahkan Diri Masing-Masing Selamat,KLIK DI SINI.
Terkini: Senarai Pelajar Mengikut University telah digabungkan dengan senarai di atas.


PERHATIAN:
BAGI YANG TIDAK MENGISI RUANGAN NAMA UNIVERSITI/TEMPAT PENGAJIAN/TEMPAT KERJA(bagi yang bukan pelajar sila isikan butiran yang relevan dalam "catatan lain") DAN JUGA GAGAL UNTUK MENGISI NO. HP DAN EMEL, BUTIRAN ANDA AKAN DIANGGAP SEBAGAI "SPAM" DAN TIDAK AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SENARAI DI ATAS. HARAP MAKLUM.

Thursday, March 10, 2011

Asia Pacific Festival and Charity Bazaar 2011

The Asia Pacific Festival and Charity Bazaar is organized by Asia-Pacific Ladies Friendship Society.
The aim of the bazaar is to introduce many different cultures and countries in the Asia-Pacific region whilst at the same time the proceed from the sales will be given to charitable organizations around the world. The Embassy of Malaysia will be participating in this event as well.

For those who are interested to join the event (all are welcome), please purchase the ticket by contacting Ms Izdihar Nadzim at izdihar.n@gmail.com.

Please refer to the attached image below for more details.

Date: 13 April 2011 (Wednesday). 10:30~15:00
Place: ANA Intercontinental Tokyo (B1F Prominence, Galaxy)
Admission ticket: ¥2,000
Raffle ticket: ¥500


(Click for larger view)

Tuesday, June 8, 2010

Surat Pemakluman Penempatan Setiausaha Kedua PPL Tokyo


 
 

About MSAJ

MSAJ Logo

Welcome to the official website of the Malaysian Students' Association In Japan (MSAJ)! Established in 1976, MSAJ aims to provide welfare to Malaysian students studying in Japan, and also to bring home closer to everyone. Join us today!